Sistem Pengurusan Abstraksi Sumber Air merupakan sistem yang beroperasi secara atas talian dimana pelesen boleh memohon Lesen Abstraksi Sumber Air dan menyemak status permohonan.
Panduan Pendaftaran :
- Klik pada menu Pendaftaran Pengguna
- Klik Daftar Pengguna
- Pilih Jenis Pengguna --> Syarikat/Wakil Syarikat/Individu
- Lengkapkan butiran seperti yang berkaitan
Sila rujuk MANUAL PENGGUNA untuk maklumat lebih terperinci berkaitan Pendaftaran Pengguna.
-Log Masuk
-Klik pada menu Permohonan
Jenis permohonan adalah seperti berikut :
1. Permohonan Kebenaran Menggali Telaga
2. Permohonan Lesen Abstraksi Air Bumi/Permukaan Baharu
3. Permohonan Lesen Abstraksi Air Bumi/Permukaan Pembaharuan
4. Permohonan Kebenaran Penutupan Telaga/Muka Sauk
5. Laporan Bacaan meter
Bayaran hendaklah dikemukakan di Kaunter Tingkat 12, Lembaga Urus Air Selangor. Waktu operasi pembayaran adalah seperti berikut:
Isnin – Khamis : 8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 4.30 petang
Jumaat : 8.00 pagi – 12.15 tengahari
2.45 petang – 4.30 petang
NOTA : Bayaran Fi Pendaftaran/Denda hendaklah dikemukakan kepada Lembaga dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan dibuat dan Fi Lesen dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh permohonan diluluskan.
Sila rujuk MANUAL PENGGUNA untuk maklumat lebih terperinci berkaitan permohonan lesen.